Kursus Pengendalian Persidangan Kes

  • Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman tentang proses dan kecekapan pengendalian persidangan kes. Kemahiran secara berkesan dan berterusan dalam pengendalian persidangan kes dapat dipelajari secara berkesan menerusi proses pengajaran dan pembelajaran. 

Kajian Kesihatan Mental Wanita Yang Menghadapi Diskriminasi Di Tempat Kerja (USIM) (2022)

Dua belas hipotesis telah dibina sebagai asas kepada kajian ini yang berbentuk tinjauan di lapangan dalam bentuk soal selidik untuk mencapai objektif bagi mengenal pasti keadaan semasa jenis diskriminasi di tempat kerja untuk golongan wanita di samping mengetahui peranan dan implikasinya terhadap kesihatan mental mereka. Populasi kajian ini ialah 5.1 juta wanita bekerjaya di Malaysia dan saiz sampel yang digunakan untuk pelaporan analisis adalah 411. Teknik yang digunakan ialah persampelan rawak mudah dalam pengumpulan data.

Kursus Asas Pendekatan Psikologi dalam Pengurusan Kes

  • Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan peserta tentang asas-asas pendekatan psikologi dalam pengurusan kes yang dikendalikan. Kemahiran-kemahiran asas pendekatan psikologi yang akan dipelajari akan berupaya meningkatkan kecekapan dan pengendalian kes dengan pendekatan psikologi.