Kursus Pemahaman Teori-Teori Sosial

  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang model-model dan teori-teori sosial yang digunakan dalam pengurusan kes. Perisian kursus adalah melalui kaedah penyampaian ceramah, perbincangan, pembentangan, ujian dan latihan simulasi. 
     

Kursus Asas Kemahiran Kerja Sosial

  • Kursus ini merupakan kursus lanjutan daripada Kursus Asas Pengetahuan Kerja Sosial di mana peserta akan mendapat pendedahan berkaitan kaedah-kaedah kerja sosial, kemahiran pengurusan kes dan kemahiran komunikasi interpersonal yang diperlukan sebagai pekerja sosial. 
     

Kursus Asas Pengetahuan Kerja Sosial

  • Kursus ini memperkenalkan pengetahuan asas dalam bidang kerja sosial, bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang sejarah kerja sosial, prinsip, nilai dan etika kerja sosial, serta perkhidmatan-perkhidmatan yang berkait dengan praktis kerja sosial. 
     

Kejurulatihan bagi Antigangguan Seksual

  • Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti prinsip andragogi dan pendidikan dewasa, membincangkan peranan jurulatih, ciri – ciri jurulatih berkesan, prinsip dan teknik latihan, penyampaian berkesan, penilaian latihan (pengetahuan) dan mengaplikasi kaedah pengajaran dalam sesi latihan.
  • Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio, kuiz dan pembentangan

Pemahaman dan Kesedaran Gangguan Seksual

  • Bengkel ini bertujuan untuk memahami definisi dan bentuk gangguan seksual berdasarkan peruntukan undang-undang serta peraturan untuk menangani gangguan seksual. Mengetahui kaedah dan langkah yang perlu diambil untuk menangani gangguan seksual.
  • Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio, kuiz dan kajian kes.

Kejurulatihan Sukarelawan

  • Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti prinsip andragogi dan pendidikan dewasa, membezakan ciri serta sikap jurulatih dan peserta latihan serta kaedah pengucapan awam yang berkesan dan kurang berkesan dan mengaplikasi kaedah pengajaran dalam sesi latihan.
  • Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio dan kuiz.

Bengkel Sukarelawan Peringkat Pertengahan

  • Bengkel ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta berhubung:
    • konsep, makna, tujuan, peranan dan tanggungjawab serta syarat-syarat dan persediaan yang diperlukan untuk menjadi sukarelawan yang baik dan berkesan;
    • melatih peserta untuk mengenal diri, memahami komuniti dan persekitaran, serta cabaran yang harus dihadapi dan bagaimana menanganinya;
    • merangsang peserta untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara dengan ilmu serta kemahiran yang bersesuaian; dan
    • mendedahkan peserta kepada aktiviti kerja sukarela yang berkaitan dengan kumpulan s

Asas Bantuan Awal Psikologi (Psychological First Aid - PFA) untuk Sukarelawan

  • Kursus ini bertujuan untuk memahami krisis/ bencana dan impak psikologi ke atas mangsa, memahami dan mengaplikasi prinsip tindakan Psychological First Aid (PFA) dalam membantu mangsa yang berada dalam krisis dan memahami serta mempraktikkan penjagaan kendiri apabila membantu orang lain.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video, perbincangan kumpulan, latihan amali dan simulasi.