Satu platform untuk memupuk diskusi kritis dan terbuka selain menggalakkan sumbang saran idea serta perkongsian ilmu di kalangan warga sektor awam dan swasta termasuk badan bukan kerajaan berhubung isu-isu sosial semasa yang memberi kesan kepada jaringan dan kesejahteraan fabrik sosial negara.
Bicara Eksekutif ISM
Program Bicara Eksekutif ISM merupakan sebuah inisiatif intelektual anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) yang menampilkan tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang sosial, dasar awam, dan perundangan di Malaysia. Diadakan dalam format bual bicara, program ini menjadi platform strategik bagi membincangkan pelbagai isu semasa yang berkaitan dengan dasar sosial, polisi kerajaan serta undang-undang yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan masyarakat dan menambah baik praktis sosial di Malaysia.
Melalui perbincangan yang berfakta dan berwacana tinggi, Bicara Eksekutif ISM bukan sahaja merungkai cabaran-cabaran dalam pelaksanaan dasar sosial, malah turut menawarkan pandangan kritikal dan solusi berinovatif dari perspektif pakar dan penggubal dasar. Program ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman awam, memperkukuh wacana ilmiah serta menyokong agenda pembangunan sosial negara selaras dengan matlamat Malaysia MADANI.
Dengan menampilkan pelbagai personaliti seperti ahli akademik, pengamal undang-undang, pegawai kanan kerajaan dan pemimpin masyarakat, Bicara Eksekutif ISM menjadi jambatan ilmu yang menghubungkan penyelidikan sosial dengan realiti dasar dan amalan sosial di Malaysia.
Satu wadah eksklusif untuk menggalakkan perkongsian ilmu dan perbincangan yang konstruktif serta terbuka selain menghimpun pandangan dan amalan terbaik daripada pelbagai pemegang taruh di kalangan tokoh-tokoh penting negara yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang sosial, kepimpinan dan pengurusan secara amnya. Wacana Eksekutif @ ISM merangkumi tiga (3) program utama seperti berikut:
- Bicara Eksekutif
- Program ini akan melibatkan figura-figura penting negara (eminent persons)
- Program ini akan melibatkan figura-figura penting negara (eminent persons)
- Forum Eksekutif
- Program ini akan menampilkan barisan panelis yang berkelayakan dan berpengalaman luas dalam bidang sosial dan membincangkan isu dan topik semasa serta terkini
- Program ini akan menampilkan barisan panelis yang berkelayakan dan berpengalaman luas dalam bidang sosial dan membincangkan isu dan topik semasa serta terkini
- Dialog Meja Bulat
- Program ini akan membincangkan isu-isu sosial semasa yang memberi impak kepada jaringan dan kesejahteraan fabrik sosial merentasi sempadan melalui penyertaan pelbagai pihak berkepentingan dalam kalangan sektor awam, swasta, badan bukan kerajaan serta komuniti sosial melangkaui rantau ASEAN
-
Imej
-
Imej
Bicara Sosial
Satu platform perkongsian ilmu, perspektif dan pengalaman berhubung isu-isu sosial semasa melalui diskusi kritis dan terbuka. Atma Sosial terdiri daripada dua (2) program utama seperti berikut:
- Bicara Sosial
- Program bersiri ini akan mengetengahkan tokoh-tokoh tempatan yang berkecimpung dalam dunia kerja sosial di Malaysia
- Program bersiri ini akan mengetengahkan tokoh-tokoh tempatan yang berkecimpung dalam dunia kerja sosial di Malaysia
- Podcast
- Podcast bersiri ini bakal membincangkan topik-topik hangat yang menjadi perbahasan masyarakat melalui penampilan panelis yang berwibawa
Pelaksanaan Jumantara Sosial akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui hebahan
Dialog Profesion Kerja Sosial
Dialog Profesion Kerja Sosial merupakan satu wacana ilmu bertujuan memberi kesedaran kepada peserta serta orang awam tentang kerja sosial serta kepentingannya dalam menangani gejala sosial di negara ini. Program ini menampilkan panel-panel yang berpengalaman dalam menguruskan isu-isu sosial terutamanya berkaitan kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Program ini juga bermatlamat untuk mempromosikan bidang kerja sosial kepada masyarakat sebagai usaha untuk memartabatkan profesion kerja sosial.