Vol. 21 (2025): International Journal of Social Policy and Society (IJSPS)
The International Journal of Social Policy and Society (IJSPS) ialah jurnal antarabangsa yang disemak oleh pakar dan diterbitkan oleh ISM. IJSPS bertujuan mempromosikan topik multidisiplin dalam bidang sains sosial yang berkait rapat dengan pembangunan masyarakat.
Kursus Pengendalian Persidangan Kes
- Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman tentang proses dan kecekapan pengendalian persidangan kes. Kemahiran secara berkesan dan berterusan dalam pengendalian persidangan kes dapat dipelajari secara berkesan menerusi proses pengajaran dan pembelajaran.
Kajian Kesihatan Mental Wanita Yang Menghadapi Diskriminasi Di Tempat Kerja (USIM) (2022)
Dua belas hipotesis telah dibina sebagai asas kepada kajian ini yang berbentuk tinjauan di lapangan dalam bentuk soal selidik untuk mencapai objektif bagi mengenal pasti keadaan semasa jenis diskriminasi di tempat kerja untuk golongan wanita di samping mengetahui peranan dan implikasinya terhadap kesihatan mental mereka. Populasi kajian ini ialah 5.1 juta wanita bekerjaya di Malaysia dan saiz sampel yang digunakan untuk pelaporan analisis adalah 411. Teknik yang digunakan ialah persampelan rawak mudah dalam pengumpulan data.
Kursus Penyediaan Laporan Sosial
- Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman tentang proses dan keperluan penyediaan Laporan Sosial dengan menyenaraikan kemahiran yang diperlukan serta cara penyediaan Laporan Sosial yang berkualiti.
Kursus Asas Pendekatan Psikologi dalam Pengurusan Kes
- Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan peserta tentang asas-asas pendekatan psikologi dalam pengurusan kes yang dikendalikan. Kemahiran-kemahiran asas pendekatan psikologi yang akan dipelajari akan berupaya meningkatkan kecekapan dan pengendalian kes dengan pendekatan psikologi.
Kursus Kemahiran Kerja Kes Komuniti
- Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang sejarah perkembangan dan kepentingan kerja komuniti serta penjelasan secara menyeluruh berkenaan model, konsep utama dan peranan pekerja komuniti. Selain itu, proses kerja untuk melaksanakan kerja komuniti dan cara penyediaan draf cadangan kerja komuniti akan dipelajari secara terperinci.
Kursus Kemahiran Kerja Kes Kumpulan
- Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang konsep dan teknik kemahiran dalam praktis kerja kumpulan kepada pengamal sosial dan pekerja sosial di mana mereka akan dapat mempelajari dan memahami jenis-jenis kumpulan dan peranan pekerja sosial serta tahap-tahap perkembangan kerja kumpulan.
Kemahiran Kerja Kes Individu
- Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang konsep dan teknik kemahiran dalam praktis kerja sosial kepada pengamal sosial dan pekerja sosial di mana mereka akan dapat mempelajari cara mengaplikasikan kemahiran secara berkesan dan berterusan dalam praktis kerja sosial.