Peningkatan Kemahiran Sebagai Penjaga (Caregivers)
- Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kemahiran dan pengetahuan mengenai penjagaan asas terhadap warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak - kanak dan pesakit kronik terlantar yang berada di pusat jagaan serta memberi pemahaman dan pengetahuan mengenai keperluan kesihatan, pemakanan dan komunikasi dengan warga emas, OKU, kanak-kanak dan pesakit kronik terlantar yang berada di pusat jagaan.
- Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, perbincangan dan pembentangan, tayangan video, role play atau simulasi dan latihan praktikal di lapangan.