Laporan Tahunan ISM 2024

Laporan Tahunan Institut Sosial Malaysia (ISM) merupakan penerbitan rasmi tahunan yang menghimpunkan pencapaian, pelaksanaan program, aktiviti, penyelidikan, latihan serta inisiatif yang telah dilaksanakan oleh ISM sepanjang tahun. Laporan ini turut memaparkan maklumat berkaitan pengurusan organisasi, kerjasama strategik, pembangunan modal insan dan sumbangan ISM dalam memperkukuh pembangunan sosial serta kesejahteraan masyarakat di Malaysia.