Hasil Kajian Kluster Penyelidikan dan Pembangunan Beserta

Buku Infografik Hasil Kajian Institut Sosial Malaysia (ISM) Tahun 2022 hingga 2024 merupakan penerbitan yang menghimpunkan dapatan kajian sosial yang telah dilaksanakan oleh ISM dalam bentuk infografik yang ringkas, padat dan mudah difahami. Penerbitan ini bertujuan menyampaikan maklumat, statistik, analisis dan penemuan utama kajian berkaitan isu-isu sosial semasa kepada masyarakat, agensi kerajaan, penyelidik serta pihak berkepentingan secara lebih interaktif dan efektif.

Paradigma Sosial 2025

Majalah separa akademik ini menghimpunkan pelbagai artikel yang membincangkan isu-isu sosial dalam kehidupan masyarakat semasa. Penerbitannya dilaksanakan secara berkala iaitu sekali setahun sebagai medium perkongsian ilmu dan wacana sosial. Kandungan majalah ini menampilkan kepelbagaian pandangan serta perspektif daripada ahli akademik, pemimpin masyarakat, pengamal industri dan individu yang berpengalaman, sekali gus memberikan input yang bermakna kepada pembaca dalam memahami serta mendepani isu-isu sosial yang semakin kompleks dalam konteks semasa.

Antara artikel menarik:

Kajian Keberkesanan Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur di Malaysia

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia telah melancarkan pada tahun 2020 satu Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur selama lima tahun, yang akan berakhir pada tahun 2025. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelan tersebut dalam menangani punca-punca perkahwinan bawah umur di Malaysia serta mencadangkan penambahbaikan berasaskan dapatan empirikal.