• Kursus ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan Model PAP secara menyeluruh dan penggunaannya dalam penyelesaian sesuatu kes. Di akhir kursus, peserta dapat memahami tentang tahap-tahap dalam Model PAP serta bagaimana mengaplikasikannya dalam praktis. 
     

Kandungan Kursus
  1. Pengenalan kepada Model PAP
  2. Pengenalan dan Aplikasi Teori Sosial dalam Model PAP
  3. Tahap 1 : Persepsi
  4. Tahap 2 : Pentaksiran
  5. Tahap 3 : Persoalan
  6. Tahap 4 : Pernyataan Awal
  7. Tahap 5 : Perancangan
  8. Tahap 6 : Intervensi
  9. Tahap 7 : Penilaian
  10. Aplikasi Model PAP

Kumpulan Sasar
  • Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
  • Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan

Tempoh Kursus

26 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30.00


  • Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan penjelasan secara menyeluruh tentang teknik pengendalian siasatan, penyediaan kertas siasatan dan minit mengikut standard yang betul serta meningkatkan kecekapan peserta menjalankan siasatan ke atas Taman Asuhan Kanak-Kanak, Pusat Jagaan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] dan Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506]. 

Kandungan Kursus
  1. Sistem Perundangan Malaysia
  2. Etika dalam Mahkamah
  3. Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984; dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012
  4. Akta Pusat Jagaan 1993 dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994
  5. Garis Panduan Siasatan TASKA dan Pusat Jagaan
  6. Penyediaan Kertas Siasatan (Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984) (Akta Pusat Jagaan 1993) (Kanun Tatacara Jenayah)
  7. Penyediaan Kertas Siasatan (Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984) (Akta Pusat Jagaan 1993) (Kanun Tatacara Jenayah)
  8. Kanun Tatacara Jenayah
  9. Persediaan Mock Trial
  10. Ujian Pemahaman Pegawai Penyiasat
  11. Mock Trial Bersama Pegawai Pendakwa

Kumpulan Sasar
  • Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat

Tempoh Kursus

72 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 50.00


  • Bengkel ini bertujuan untuk memahami definisi dan bentuk gangguan seksual berdasarkan peruntukan undang-undang serta peraturan untuk menangani gangguan seksual. Mengetahui kaedah dan langkah yang perlu diambil untuk menangani gangguan seksual.
  • Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio, kuiz dan kajian kes.

Kandungan Kursus
  1. Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
  2. Pengenalan kepada Gangguan Seksual
  3. Peruntukan Undang-Undang/ Peraturan/ Akta/ Pekeliling berkaitan Gangguan Seksual 
  4. Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840]
  5. Kesan Gangguan Seksual ke atas Individu/ Keluarga, Organisasi dan Masyarakat
  6. Tindakan dan Langkah yang Perlu diambil oleh Mangsa
  7. Pembentangan Kumpulan dan Ulasan

Kumpulan Sasar

Terbuka kepada individu yang berminat


Tempoh Kursus

16 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

Percuma


  • Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu asas kaunseling dalam menyampaikan perkhidmatan menolong secara profesional dan berkesan di samping menggalakkan penglibatan ahli masyarakat dalam proses membantu sesama manusia.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio, kuiz, role play atau simulasi dan flash card.

 


Kandungan Kursus
  1. Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
  2. Pengenalan Bimbingan dan Kaunseling (Kemahiran Menolong)
  3. Fasa dan Proses dalam Kaunseling
  4. Kemahiran Komunikasi
  5. Kaedah Menolong
  6. Aplikasi Kemahiran Asas Menolong
  7. Bimbingan Kelompok
  8. Prinsip dan Etika Kaunseling
  9. Teori – Teori Asas Kaunseling

Kumpulan Sasar

Terbuka


Tempoh Kursus

18 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30


  • Bengkel ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta berhubung:
    • konsep, makna, tujuan, peranan dan tanggungjawab serta syarat-syarat dan persediaan yang diperlukan untuk menjadi sukarelawan yang baik dan berkesan;
    • melatih peserta untuk mengenal diri, memahami komuniti dan persekitaran, serta cabaran yang harus dihadapi dan bagaimana menanganinya;
    • merangsang peserta untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara dengan ilmu serta kemahiran yang bersesuaian; dan
    • mendedahkan peserta kepada aktiviti kerja sukarela yang berkaitan dengan kumpulan sasar Kementerian dan melatih peserta untuk menyediakan laporan bagi kerja-kerja sukarelawan.
  • Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam
    kumpulan, pembentangan, tayangan video/ audio dan kuiz.

Kandungan Kursus
  1. Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
  2. Pengurusan dan Pembentukan Keupayaan
  3. Silang Budaya, Agama dan Kumpulan Rentan
  4. Pengurusan Mesyuarat dalam Kerja Kesukarelawanan
  5. Jaringan Hubungan
  6. Memenangi Hati Kumpulan Sasar
  7. Pengurusan Stres
  8. Pengetahuan Perundangan - Kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas
  9. Pengurusan 4K (Keselamatan, Kebersihan, Keceriaan dan Kesihatan)
  10. Kemahiran Penyediaan Kertas Kerja
  11. Pengurusan Konflik
  12. Pemerkasaan Komuniti
  13. Minda Agen Perubahan Set
  14. Kemahiran Advokasi
  15. Kerja Lapangan dan Pembentangan Kumpulan
  16. Penulisan Laporan

Kumpulan Sasar

Terbuka kepada mereka yang telah menghadiri Bengkel Sukarelawan Jiwa Malaysia. 


Tempoh Kursus

46 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

Percuma


  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang krisis/bencana serta isu-isu kesihatan mental dan cara mengaplikasi prinsip tindakan Bantuan Awal Psikologi (PFA) dalam membantu mangsa krisis/bencana dalam komuniti. Peserta dapat mempelajari cara mempraktiskan penjagaan kendiri apabila membantu orang lain dan menilai tahap keseriusan gangguan yang dialami oleh mangsa semasa krisis/bencana.
     

Kandungan Kursus
  1. Ujian Pra PFA dan ice breaking
  2. Pengenalan krisis dan bencana di Malaysia
  3. Isu-isu kesihatan mental dan impak ke atas mangsa
  4. Kemahiran asas menolong dalam krisis
  5. Bantuan Awal Psikologi (Psychological First Aid) PFA
  6. Penilaian dan pentaksiran krisis: Berdasarkan ALGEE/ TAS/ DASS
  7. Intervensi krisis dan trauma
  8. Pengendalian sesi kelompok
  9. Simulasi senario kes 
  10. Penjagaan kendiri (Self care)

Kumpulan Sasar
  • Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
  • Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Tempoh Kursus

24 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30.00


  • Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kemahiran dan pengetahuan mengenai penjagaan asas terhadap warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak - kanak dan pesakit kronik terlantar yang berada di pusat jagaan serta memberi pemahaman dan pengetahuan mengenai keperluan kesihatan, pemakanan dan komunikasi dengan warga emas, OKU, kanak-kanak dan pesakit kronik terlantar yang berada di pusat jagaan.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, perbincangan dan pembentangan, tayangan video, role play atau simulasi dan latihan praktikal di lapangan.

Kandungan Kursus
  1. Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
  2. Pengenalan tentang Pusat Jagaan Kanak-Kanak Remaja, Wanita, OKU dan Warga Emas
  3. Peranan dan Tanggungjawab Pengendali Pusat Jagaan
  4. Pematuhan Terhadap Akta dan Peraturan berkaitan Perkhidmatan Pusat Jagaan
  5. Pengurusan dan pengendalian rutin harian di pusat jagaan
  6. Pengurusan dan Pengendalian Aktiviti Perkembangan, Pembelajaran, Kemajuan, Pemulihan, Persidangan Kes dan Intervensi Penghuni di Pusat Jagaan
  7. Pengendalian Keselamatan, Kesihatan, Kebersihan dan Keceriaan (4K) di Pusat Jagaan serta Pengurusan dan Pengendalian rekod-rekod di Pusat Jagaan
  8. Pengurusan dan pengendalian Aktiviti Fisio dan Regangan Anggota di Pusat Jagaan OKU dan Warga Emas 
  9. Praktikal Pengajaran Rutin Harian di Pusat Jagaan dan Pengurusan (Kerja Lapangan) 
  10. Pembentangan kumpulan

Kumpulan Sasar
  • Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11/14 di institusi kebajikan JKM;
  • Pembantu Kebajikan Masyarakat Gred S19/22 di institusi kebajikan JKM;
  • Penjaga di Pusat Jagaan NGO serta Pusat Jagaan Swasta;
  • Sukarelawan Khidmat Bantu di Rumah; dan
  • Individu yang menjaga ahli keluarga yang sakit.

Tempoh Kursus

28 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30


  • Psychological First Aid (PFA) adalah satu intervensi sokongan yang digunakan akibat bencana, krisis atau keganasan. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam membantu menyampaikan perkhidmatan, bantuan praktikal dan sokongan sosial kepada individu/klien. 

Kandungan Kursus
  1. Ujian Pra PFA dan Sesi Ice Breaking.
  2. Pengenalan Krisis dan Bencana di Malaysia
  3. Isu-Isu Kesihatan Mental dan Impak ke atas Mangsa
  4. Bantuan Awal Psikologi (Psychological First Aid) - PFA
  5. Bersedia (Prepare)
  6. Melihat (Look)
  7. Mendengar (Listen)
  8. Menghubung (Link)
  9. Intervensi Krisis dan Trauma
  10. Simulasi Senario Kes PFA
  11. Simulasi Senario Kes Intervensi Krisis
  12. Penjagaan Kendiri (Self Care)

Kumpulan Sasar
  • Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
  • Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO) bidang sosial.

Tempoh Kursus

22 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM30.00


  • Program SPAKS merupakan program persijilan profesional yang diperkenalkan mulai tahun 2023 bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme peserta dalam bidang kerja sosial dan layak berdaftar sebagai Pekerja Sosial, sekaligus dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan pekerja sosial yang lebih profesional dan berkesan. Program ini bersifat komprehensif dan memberikan nilai tambah dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan kompetensi kepada pekerja sosial sedia yang tidak mempunyai Pendidikan formal dalam bidang kerja sosial.
  • Kaedah kursus berbentuk latihan praktikum, penyediaan laporan dan pembentangan.

Kandungan Kursus
  1. Ice Breaking
  2. Pengenalan Kerja Sosial (Teras)
  3. Nilai, Prinsip dan Etika Kerja Sosial (Teras)
  4. Kemahiran Asas Kerja Sosial (Teras)
  5. Teori-Teori Kerja Sosial (Teras)
  6. Model yang Digunakan dalam Kerja Sosial (Teras)
  7. Kerangka Praktis Kerja Sosial (Teras)
  8. Kerja Sosial Bersama Individu, Keluarga, Kelompok dan Komuniti Praktis Kerja Sosial (Teras)
  9. Kepimpinan dalam Kerja Sosial (Elektif)
  10. Pelaksanaan Ujian Tahap Penguasaan Kerja Sosial
  11. Taklimat Khas Sesi Praktikum
  12. Sesi Praktikum

Kumpulan Sasar

Terbuka kepada Pegawai Pembangunan Masyarakat (S41 - S44), Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (S29 - S38), Pembantu Pembangunan Masyarakat (S19 - S26), Skim S di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Tempoh Kursus

2 Bulan


Maklumat Urusetia

Yuran

Tertakluk Kepada Kelulusan Akademik