1.       Bicara Sosial ISM

  • Bicara Sosial ISM merupakan satu platform secara dalam talian yang mengandungi perkongsian ilmu dan pengalaman oleh panel-panel yang berpengalaman atau berkelayakan kepada penjawat awam, pengamal sosial dan orang ramai. Setiap siri program memfokuskan kepada satu topik tertentu berkaitan isu sosial dalam negara.
              

2.       ISM INSPIRE

  •  Program ini merupakan tonggak utama dalam menyemarakkan wacana ilmu berkaitan isu-isu sosial semasa di Malaysia dan menjadi pemangkin kepada pembangunan profesionalisme dalam bidang kerja sosial dan amalan ilmu sosial.
  • Bermatlamat menjadi jenama utama (branding) ISM bagi mengukuhkan kedudukan Institut sebagai peneraju pemikiran sosial (social think-tank) dan penyedia latihan  dan wacana ilmu sosial dan kerja sosial berkualiti di Malaysia.
  • Makna INSPIRE
     
            I – Ilmu → Perkongsian dan perbincangan ilmiah sosial
            N – Nilai → Menyemai nilai-nilai kemanusiaan dan empati
            S – Solidariti → Mengukuh jaringan antara agensi kerajaan, NGO dan komuniti
            P – Profesionalisme → Memupuk standard kerja sosial ke arah RUU  Profesion Kerja Sosial
            I – Inovasi → Idea baharu dalam menangani isu sosial yang kompleks
            R – Rakyat → Fokus kepada kesejahteraan rakyat
            E – Empati → Teras kepada pendekatan kerja sosial