Sijil Profesional Asas Kerja Sosial (SPAKS)

  • Program SPAKS merupakan program persijilan profesional yang diperkenalkan mulai tahun 2023 bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme peserta dalam bidang kerja sosial dan layak berdaftar sebagai Pekerja Sosial, sekaligus dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan pekerja sosial yang lebih profesional dan berkesan.

Kursus Pra Perbicaraan dan Teknik Pendakwaan Jabatan Kebajikan Masyarakat

  • Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta kepada proses pendakwaan yang berkesan dan kemahiran dalam bidang pendakwaan dan perbicaraan di mahkamah. 

Kursus Siasatan Taska dan Pusat Jagaan

  • Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan penjelasan secara menyeluruh tentang teknik pengendalian siasatan, penyediaan kertas siasatan dan minit mengikut standard yang betul serta meningkatkan kecekapan peserta menjalankan siasatan ke atas Taman Asuhan Kanak-Kanak, Pusat Jagaan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] dan Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506]. 

Kursus Pengendalian Persidangan Kes

  • Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman tentang proses dan kecekapan pengendalian persidangan kes. Kemahiran secara berkesan dan berterusan dalam pengendalian persidangan kes dapat dipelajari secara berkesan menerusi proses pengajaran dan pembelajaran.