1. Bicara Sosial ISM
- Bicara Sosial ISM merupakan satu platform secara dalam talian yang mengandungi perkongsian ilmu dan pengalaman oleh panel-panel yang berpengalaman atau berkelayakan kepada penjawat awam, pengamal sosial dan orang ramai. Setiap siri program memfokuskan kepada satu topik tertentu berkaitan isu sosial dalam negara.
2. ISM INSPIRE
- Program ini merupakan tonggak utama dalam menyemarakkan wacana ilmu berkaitan isu-isu sosial semasa di Malaysia dan menjadi pemangkin kepada pembangunan profesionalisme dalam bidang kerja sosial dan amalan ilmu sosial.
- Bermatlamat menjadi jenama utama (branding) ISM bagi mengukuhkan kedudukan Institut sebagai peneraju pemikiran sosial (social think-tank) dan penyedia latihan dan wacana ilmu sosial dan kerja sosial berkualiti di Malaysia.
- Makna INSPIRE
I – Ilmu → Perkongsian dan perbincangan ilmiah sosial
N – Nilai → Menyemai nilai-nilai kemanusiaan dan empati
S – Solidariti → Mengukuh jaringan antara agensi kerajaan, NGO dan komuniti
P – Profesionalisme → Memupuk standard kerja sosial ke arah RUU Profesion Kerja Sosial
I – Inovasi → Idea baharu dalam menangani isu sosial yang kompleks
R – Rakyat → Fokus kepada kesejahteraan rakyat
E – Empati → Teras kepada pendekatan kerja sosial