SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

INSTITUT SOSIAL MALAYSIA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA & MASYARAKAT

Soalan Lazim

1. Apakah Peranan Institut Sosial Malaysia

ISM merupakan institut latihan awam (ILA) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang berperanan untuk merancang dan melaksana latihan serta menyumbang kepada pembangunan pengetahuan dan kemahiran pekerja dan pengamal sosial agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan orang awam di Malaysia Sebagai salah satu daripada 343 ILA yang berdaftar di bawah 1Malaysia Training Centre (1MTC), fokus ISM adalah kepada aspek sosial dan pembangunan sosial Negara.

2. Apakah Kursus-kursus yang dijalankan oleh ISM terbuka kepada selain daripada penjawat awam?

Ya. Walaupun sebahagian besar kursus/program anjuran ISM adalah bersifat fungsional khusus kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM), terdapat juga kursus/program yang bersifat generik yang boleh disertai oleh kakitangan kerajaan, badan bukan kerajaan dan orang awam. Senarai program beserta kumpulan sasaran peserta adalah

  • Kursus
  • Bengkel
  • Seminar/Persidangan
  • Program
3. Selain daripada penganjuran kursus, apakah fungsi lain yang dilaksanakan oleh ISM?

ISM turut terlibat dalam penerbitan bahan bacaan ilmiah dan separa ilmiah seperti International Journal of Social Policy and Society (IJSPS), ISM Minda, Social Matters dan ISM Giat. ISM juga melaksanakan kajian berkaitan kumpulan sasar KPWKM, termasuklah kajian mengenai kesejahteraan kanak-kanak di institusi jagaan kanak-kanak dan integrasi Orang Kurang Upaya (OKU) ke dalam pasaran kerja.

4. Apakah kemudahan-kemudahan yang terdapat di ISM? Adakah kemudahan-kemudahan tersebut boleh disewakan kepada agensi lain atau orang awam?

ISM mempunyai kemudahan yang lengkap serta menawarkan persekitaran kampus yang kondusif kepada para peserta dan pelawat. Antara kemudahan yang ditawarkan adalah:

  • Asrama
  • Dewan Makan
  • Auditorium
  • Surau
  • Galeri
  • Bilik Menunggu VIP
  • Makmal Komputer
  • Bilik Kuliah
  • Mahkamah Moot
  • Bilik Mesyuarat
  • Gelanggang Serbaguna
  • Perpustakaan

Kesemua kemudahan di atas (kecuali surau dan perpustakaan) boleh disewakan kepada agensi lain/orang awam dengan kadar yang telah ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Untuk menyewa,sila layari portal 1MTC. (link kepada 1 MTC).