SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

INSTITUT SOSIAL MALAYSIA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA & MASYARAKAT

KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)

Nama :       Mini Panggi
Emel :        Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telefon :    03-7985 3201 

Surat Arahan Ketua Setiausaha Negara bertarikh 22 Mac 2000: Penamaan Ketua Pegawai Maklumat Sektor Awam menyatakan bahawa “agensi Sektor Awam perlu menamakan seorang Ketua Pegawai Maklumat (CIO) di kalangan pengurusan atasan”.

Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 1/2009 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 18 Mac 2009 telah menetapkan bahawa “MAMPU bertindak sebagai Pejabat CIO Sektor Awam dan menyediakan bidang rujukan CIO Sektor Awam”.

Peranan utama CIO di peringkat Sektor Awam adalah seperti yang berikut:

  1. Memantau pelaksanaan Pelan Strategik ICT Agensi yang mengandungi Perancangan ICT dalam menyokong penyampaian         perkhidmatan yang selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam;

  2. Melaksana dan menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik ICT;

  3. Menyelaras penggalakan pembudayaan ICT dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam;

  4. Melaksana dan menyelaras inovasi Kerajaan Elektronik, infrastruktur dan keselamatan ICT; dan

  5. Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program kesedaran keselamatan ICT selaras dengan Dasar Keselamatan ICT        Kementerian dan Agensi.