Kursus Asas Kemahiran Kerja Sosial

  • Kursus ini merupakan kursus lanjutan daripada Kursus Asas Pengetahuan Kerja Sosial di mana peserta akan mendapat pendedahan berkaitan kaedah-kaedah kerja sosial, kemahiran pengurusan kes dan kemahiran komunikasi interpersonal yang diperlukan sebagai pekerja sosial. 
     

Kursus Asas Pengetahuan Kerja Sosial

  • Kursus ini memperkenalkan pengetahuan asas dalam bidang kerja sosial, bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang sejarah kerja sosial, prinsip, nilai dan etika kerja sosial, serta perkhidmatan-perkhidmatan yang berkait dengan praktis kerja sosial. 
     

Diploma Pascasiswazah Kerja Sosial (DPSKS)

  • Program Diploma Pascasiswazah Kerja Sosial (DPSKS) merupakan program kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mulai tahun 2015 dan mendapat pengiktirafan Malaysian Qualifications Agency (MQA).
  • Program ini bermatlamat untuk melahirkan siswazah yang menguasai ilmu kerja sosial, berfikiran kritikal dan mempunyai sikap serta kemahiran menyelidik dan berkeupayaan mengaplikasikannya dalam bidang pekerjaan.

Keusahawanan Digital untuk Orang Kurang Upaya (Peringkat Lanjutan)

  • Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk mendalami konsep dan kaedah pelaksanaan keusahawanan digital peringkat lanjutan dan menguasai secara cekap aplikasi konsep dan kaedah keusahawanan digital dalam kalangan peserta.
  • Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, perbincangan, pembentangan, tayangan video, role play, simulasi, latihan dalam kumpulan dan kuiz.

Keusahawanan Digital untuk Orang Kurang Upaya (Peringkat Pertengahan)

  • Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk mendalami konsep dan kaedah pelaksanaan keusahawanan digital
    peringkat pertengahan serta mengaplikasikan dalam kalangan peserta.
  • Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, perbincangan, pembentangan, tayangan video, role play, simulasi, latihan dalam kumpulan dan kuiz.

Keusahawanan Digital untuk Orang Kurang Upaya (Peringkat Asas)

  • Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pemahaman konsep asas keusahawanan digital kepada peserta di samping mengenalpasti kaedah pelaksanaan keusahawanan digital dan mengaplikasi konsep serta kaedah keusahawanan digital bagi kumpulan sasar.
  • Kaedah bengkel adalah dalam bentuk latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio dan kuiz.

Kejurulatihan bagi Antigangguan Seksual

  • Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti prinsip andragogi dan pendidikan dewasa, membincangkan peranan jurulatih, ciri – ciri jurulatih berkesan, prinsip dan teknik latihan, penyampaian berkesan, penilaian latihan (pengetahuan) dan mengaplikasi kaedah pengajaran dalam sesi latihan.
  • Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio, kuiz dan pembentangan

Pemahaman dan Kesedaran Gangguan Seksual

  • Bengkel ini bertujuan untuk memahami definisi dan bentuk gangguan seksual berdasarkan peruntukan undang-undang serta peraturan untuk menangani gangguan seksual. Mengetahui kaedah dan langkah yang perlu diambil untuk menangani gangguan seksual.
  • Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio, kuiz dan kajian kes.

Kejurulatihan Sukarelawan Jiwa Malaysia

  • Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti prinsip andragogi dan pendidikan dewasa, membezakan ciri serta sikap jurulatih dan peserta latihan serta kaedah pengucapan awam yang berkesan dan kurang berkesan dan mengaplikasi kaedah pengajaran dalam sesi latihan.
  • Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio dan kuiz.

Pengurusan dan Praktis Kesukarelawanan

  • Bengkel ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta berhubung:
    • konsep, makna, tujuan, peranan dan tanggungjawab serta syarat-syarat dan persediaan yang diperlukan untuk menjadi sukarelawan yang baik dan berkesan;
    • melatih peserta untuk mengenal diri, memahami komuniti dan persekitaran, serta cabaran yang harus dihadapi dan bagaimana menanganinya;
    • merangsang peserta untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara dengan ilmu serta kemahiran yang bersesuaian; dan
    • mendedahkan peserta kepada aktiviti kerja sukarela yang berkaitan dengan kumpulan s