Pengenalan

Sistem ini ialah satu sistem lanjutan daripada perkhidmatan Pinjaman antara Perpustakaan. Melalui sistem ini, pengguna boleh meminjam dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan dari mana-mana institusi yang menyertai sistem ini untuk digunakan di perpustakaan/institusi anda. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) merupakan Pusat Penyelaras Sistem Pembekalan Penerbitan yang dilancarkan pada 2 Jun 1998.

Tempoh Pinjaman

  1. Tempoh pinjaman bagi sesuatu bahan ialah sebulan. Namun perpustakaan pembekal berhak mengurangkan tempoh pinjaman, sekiranya bahan tersebut diperlukan oleh pembaca lain.
  2. Pembaharuan pinjaman boleh dibuat bagi tempoh tidak melebihi 2 minggu jika bahan-bahan tersebut ditempah oleh pengguna/perpustakaan lain.

Keselamatan Bahan

  1. Mengembalikan semua bahan yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.
  2. Memastikan kesemua bahan yang dipinjam berada dalam keadaan baik.
  3. Membayar kos pembaikan atau penggantian bahan perpustakaan yang hilang/rosak. Perkhidmatan ini boleh didapati di Pusat Sumber ISM.