Semenjak penubuhan ISM, penerbitan dalam bidang sosial telah dihasilkan secara konsisten bagi mendokong aspirasi ISM dalam melatih dan membangunkan pekerja dan pengamal sosial daripada pelbagai latar belakang yang berbeza.

ISM menghasilkan bahan penerbitan berbentuk ilmiah dan separa ilmiah. Antara penerbitan separa ilmiah ISM termasuklah ISM Minda, Social Matters dan ISM Giat manakala penerbitan ilmiah ISM ialah International Journal of Social Policy and Society (IJSPS).