ISM melaksanakan program dalam bidang sosial, terutamanya subjek-subjek yang melibatkan kumpulan sasar KPWKM termasuklah kanak-kanak, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), wanita, keluarga, mangsa bencana alam, pertubuhan sukarela kebajikan (PSK) dan orang papa.

Dalam usaha untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan, ISM sentiasa menjalinkan kolaborasi strategik dan perkongsian pintar dengan agensi KPWKM dan juga institusi/agensi lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang sosial. ISM berusaha melaksanakan program yang bermanfaat dan mendatangkan impak kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.

Senarai Program