ISM melaksanakan kursus dalam bidang sosial, terutamanya subjek-subjek yang melibatkan kumpulan sasar KPWKM termasuklah kanak-kanak, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), wanita, keluarga, mangsa bencana alam, pertubuhan sukarela kebajikan (PSK) dan orang papa.

Dalam usaha untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan, ISM sentiasa menjalinkan kolaborasi strategik dan perkongsian pintar dengan agensi KPWKM dan juga institusi/agensi lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang sosial.  

ISM berusaha membangunkan kurikulum yang komprehensif dengan strategi pembelajaran yang efektif bagi memperkasakan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta-peserta yang menghadiri kursus di ISM. 

Kursus di ISM dijalankan mengikut piawaian MS ISO 9001:2008

Senarai Kursus