Pengenalan

Melaksanakan program pembangunan sosial yang memfokus kepada kursus fungsional dan generik untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam serta pengamal sosial.

Antara program yang dijalankan berkaitan dengan perkhidmatan Kanak–Kanak, Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Papa, Pertubuhan Sukarela Kebajikan dan Mangsa Bencana.

Antara program yang dijalankan ialah Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA, Kursus Asuhan PERMATA, Kursus Pengurusan Kes Perlindungan Kanak-Kanak.

Kluster ini turut menguruskan kursus atas talian melalui e-Pembelajaran Sektor Awam (ePSA).

Hubungi Kami 

No. Tel : 03-79853329