Pengenalan

Melaksanakan program pembangunan kesukarelawanan, keusahawanan sosial dan para kaunselor yang memfokus kepada masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengamal sosial serta masyarakat awam.

Selaras dengan kepentingan peranan sukarelawan seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 15 Julai 2012 di Kuala Lumpur sempena pelancaran Program 1Malaysia for Youth (1M4U), KPWKM melalui ISM turut mengambil peranan proaktif dengan memberi penekanan kepada pembangunan sukarelawan di negara ini melalui program-program latihan yang dijalankan kepada para sukarelawan di seluruh negara. Tujuannya ialah supaya para sukarelawan tersebut memberikan khidmat bakti dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran yang relevan dalam menjalankan tugas mereka.

Antara program yang dijalankan ialah Bengkel Kesukarelawanan dan Bengkel Keusahawanan Sosial. Bengkel-bengkel ini dijalankan dalam tiga (3) tahap iaitu Tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan.

Program lain termasuklah Program Outreach Sukarelawan Jiwa Malaysia, Bengkel Kejurulatihan Sukarelawan (TOT) dan Bengkel Para Kaunselor

Hubungi Kami

No. Tel : 03-79853382

Sukarelawan Kebajikan