Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web rasmi Institut Sosial Malaysia (ISM)

Selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa, strategi perkhidmatan awam dan proses penyebaran maklumat turut bergerak seiring dalam proses perubahan. Usaha mendekati generasi Internet melalui laman web ISM ini akan menyediakan ruang yang lebih luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kelancaran penyebaran maklumat.

Saya berharap agar laman web rasmi ini akan menjadi saluran dan sumber rujukan yang bermanfaat kepada kumpulan sasar bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelbagai perkhidmatan dan latihan yang dikendalikan oleh ISM dalam usaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan profesionalisme dalam bidang perkhidmatan dan pembangunan sosial.

Dalam masa yang sama, warga kerja ISM juga disarankan agar memanfaatkan medium ini sepenuhnya demi kecemerlangan perkhidmatan serta meletakkan ISM sebagai institusi yang terkehadapan dalam melakukan anjakan paradigma dalam konsep pendidikan sepanjang hayat. Diharapkan, laman web rasmi ini akan menjadi wadah komunikasi yang efektif di antara pengguna luar dan warga kerja ISM.

Dengan itu, kami mengalu-alukan anda melayari laman web ini dan mengemukakan sebarang sumbangan idea, pandangan dan maklum balas bagi memperbaiki lagi kandungan laman ini dari semasa ke semasa.

 

Selamat melayari laman web rasmi ISM!

llmu●Sejahterakan●Masyarakat

Dr. Al-Azmi Bin Bakar
Pengarah