Kami komited untuk mengendalikan program latihan yang berkualiti ke arah peningkatan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman profesional modal insan Kementerian dan Jabatan, serta menjana sikap pengamal sosial yang betul dan tulen dalam bidang pembangunan sosial, kebajikan sosial dan kerja sosial.

Kami berjanji untuk :

  • Memastikan program kursus adalah dikendalikan mengikut piawaian kurikulum yang ditetapkan dan selaras dengan objektif kursus dengan mencapai skor purata 5.0 bagi pencapaian objektif kursus,
  • Memastikan peserta kursus adalah dilatih mengikut piawaian latihan yang ditetapkan dari segi keberkesanan isi kandungan, penyampaian penceramah dan teknik latihan dengan mencapai skor purata 5.0 bagi keseluruhan kursus,
  • Memberi maklum balas terhadap setiap aduan dan pertanyaan dalam tempoh tidak lewat dari tiga (3) hari bekerja.