INTERNATIONAL SOCIAL WORK SYMPOSIUM 2019

 

OBJEKTIF

  • Mewujudkan jalinan kerjasama strategik antara pekerja sosial dari bidang awam dan swasta di Malaysia dengan negara luar bagi meningkatkan profesionalisme bidang kerja sosial di Malaysia
  • Sebagai saluran yang bermakna bagi pekerja sosial untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman serta perancangan profesion kerja sosial demi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan.

 

  • Meningkatkan budaya mencintai dan menghargai ilmu melalui perkongsian maklumat dan kepakaran dalam bidang masing-masing dalam kalangan pembentang kertas kerja dan  peserta

 

  • Mewujudkan jaringan kepakaran antara ahli-ahli akademik dan profesional dalam pelbagai disiplin sains sosial di peringkat dalam dan luar negara.

 

  • Membuka ruang kepada para peserta khususnya daripada universiti awam, universiti swasta, penjawat awam dan badan-badan NGO bagi membentang hasil penyelidikan daripada pelbagai dimensi baharu supaya dapat dimanfaatkan untuk kepentingan bersama.

 

TARIKH, TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

 Pelaksanaan International Social Work Symposium 2019 dijadualkan seperti ketetapan berikut:

Tarikh       :         27 dan 28 April 2019

Tempoh    :         2 hari (Sabtu dan Ahad)

Tempat     :         Institut Sosial Malaysia

 

TEMA

Empowering People and Ensuring Inclusiveness and Equality

Memperkasa dan Memastikan Keterangkuman serta Kesamarataan Masyarakat”

 

PENGANJUR

 

Persidangan ini dianjurkan bersama oleh Malaysian Association of Social Workers (MASW) dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).