Logo Tahun Memperkasa Wanita 2018

 

RASIONAL LOGO:

Berbentuk bunga melambangkan ciri kewanitaan. Terbentuk daripada 5 Bulatan mewakili 5 kluster yang selaras dengan Dasar Wanita Negara. Ia juga menunjukkan kesepakatan kesemua kluster bersama-sama mencapai objektif “Tahun Memperkasakan Wanita 2018”.

Figura tengah melambangkan wanita bersaing di peringkat global. Rekaan “abstrak” memberi maksud fleksibiliti wanita dalam menjayakan program #TMW18.

Warna biru gelap menunjukkan sifat keperkasaan manakala slogan “Wanita Gemilang” dan “Tagline” #TMW18 dicadangkan kerana ia mewakili inisiatif bagi membawa martabat dan pencapaian wanita ke tahap lebih tinggi, selari dengan objektif Tahun Memperkasakan Wanita 2018.

Jenis fon slogan “Wanita Gemilang” yang dipilih juga melambangkan ciri-ciri kewanitaan mengimbangi warna biru gelap.

Lingkaran putih pada kelopak bunga melambangkan ketulusan masyarakat untuk mendukung aspirasi untuk memperkasa wanita.

Logo ini berciri ringkas, satu dimensi tetapi penuh mesej yang bertepatan dengan pengertian Tahun Memperkasakan Wanita 2018 dan ianya mudah dimanipulasi ke dalam pelbagai “sub-design”  yang lain