TOWN HALL KEPEDULIAN KEBEJATAN SOSIAL

Institut Sosial Malaysia akan mengadakan program “Town Hall Kepedulian Kebejatan Sosial Peringkat KPWKM” dengan kerjasama Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, KPWKM.

TARIKH: 5 Disember 2017

MASA: 9.00 Pagi

TEMPAT: Institut Sosial Malaysia (ISM)

 

Objektif program adalah seperti berikut:

1) Memberi peluang kepada para peserta iaitu kumpulan sasar KPWKM, ahli akademik, aktivis sosial dan pegawai awam/swasta untuk mengemukakan cadangan baru yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak berkaitan lain dalam menangani kebejatan sosial.

2) Memberi ruang kepada para peserta dan masyarakat awam untuk bertemu dan beramah mesra bersama YB Menteri KPWKM bagi membincangkan isu/cadangan berhubung mendepani kebejatan sosial dan;

3) Mendapatkan input-input daripada para peserta untuk diserahkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan dibentangkan pada sesi Town Hall 2.0 akan datang.