Perutusan Pengarah
Kata-Kata Aluan Pengarah ISM
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,
Selamat Datang ke Laman Web ISM yang berwajah baru. Perubahan laman web ini selaras dengan visi ISM untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam polisi sosial dan pembangunan sosial. Diharapkan dengan perubahan ini dapat membantu penyampaian maklumat kepada orang ramai khususnya kumpulan sasar kami iaitu warga kerja Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan agensi di bawahnya.
ISM mengendalikan kursus, program dan aktiviti yang dijalankan oleh tenaga pengajar dan pemudah cara yang profesional di bawah pengendalian empat (4) pusat pengajian iaitu Pusat Pengajian Kemahiran Sosial, Pusat Pengajian Pembangunan Komuniti, Pusat Pengajian Pembangunan Modal Insan dan Pusat Pengajian Pembangunan Organisasi Sosial. ISM juga berusaha untuk memperkenalkan pembelajaran sepanjang hayat dan penyebaran maklumat melalui aktiviti penerbitan seperti ISM POST, Malaysian Journal of Social Policy & Society, Social Trends, ISM Giat, ISM Minda, Social Matters dan ISM Research Monograph Series diterbitkan secara berkala.
Dengan penuh harapan semoga maklumat kursus dan seminar yang ada di laman web ini dapat membantu anda untuk menyertai kami menghadiri kursus dan seminar tersebut bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan masing-masing.
Semoga kita bertemu di ISM.
"Hidup ini tidak panjang, Jom kita jadi cemerlang"
Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din
Pengarah
Institut Sosial Malaysia
|