| 1. |
Apakah dia Institut Sosial Malaysia?
Institut Sosial Malaysia telah ditubuhkan secara pentadbirannya sebagai sebuah pusat latihan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Institut ini menganjurkan kursus-kursus, seminar, bengkel dan forum-forum dan persidangan-persidangan dalam bidang dasar sosial dan pembangunan sosial.
|
| 2. |
Adakah kursus-kursus yang dijalankan oleh Institut Sosial Malaysia terbuka kepada orang awam?
Institut Sosial Malaysia menganjurkan kursus-kursus dalaman (in-house training) bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi-agensi kerajaan. Buat masa ini kursus-kursus ini tidak ditawarkan kepada orang awam.
|
| 3. |
Adakah kursus-kursus di Institut Sosial Malaysia ditawarkan kepada agensi-agensi bukan kerajaan?
Tidak. Walau bagaimanapun, agensi-agensi bukan kerajaan adalah dijemput untuk menghadiri seminar-seminar dan persidangan-persidangan yang dianjurkan oleh Institut Sosial Malaysia.
|
| 4. |
Apakah kemudahan-kemudahan yang terdapat di Institut Sosial Malaysia?
Bilik kuliah, bilik perbincangan, mahkamah moot, perpustakaan, auditorium, makmal computer, bilik mesyuarat, dewan makan dan bilik-bilik penginapan.
|
| 5. |
Bolehkah kemudahan-kemudahan tersebut digunakan oleh orang awam?
Agensi-agensi kerajaan dan agensi-agensi bukan kerajaan boleh memohon tetapi bergantung kepada kelulusan oleh Pengarah Institut Sosial Malaysia.
|
| 6. |
Selain daripada penganjuran kursus dalaman apakah yang dilakukan oleh Institut Sosial Malaysia?
Seminar, persidangan dan bengkel dalam bidang dasar sosial dan pembangunan sosial yang dibuka kepada pegawai-pegawai kerajaan daripada kementerian-kementerian lain dan badan-badan bukan kerjaan serta institusi-institusi pengajian tinggi.
|
| 7. |
Adakah Institut Sosial Malaysia merupakan sebuah pusat latihan yang menjana keuntungan?
Tidak. Ia adalah sebuah agensi kerajaan.
|
| 8. |
Adakah Institut Sosial Malaysia menjalankan aktiviti-aktiviti penerbitan?
Ya. Insitut ini menjalankan aktiviti penerbitan secara berkala yang meliputi:
- Malaysia Journal of Social Policy and Society (mengandungi hasil-hasil kajian dalam pembangunan sosial)
- Research Monograph (mengandungi tesis dalam bidang pembangunan sosial)
- Social Matters (mengadungi artikel-artikel dalam bidang pembangunan sosial)
- Social Trends (mengandungi artikel isu-isu sosial semasa)
- ISM Post (mengandungi penerbitan-penerbitan terkini dalam bidang pembangunan sosial dan aktiviti-aktiviti Institut)
- ISM Minda (mengadungi artikel-artikel dalam bidang pembangunan sosial)
- ISM Giat (mengandungi aktiviti-aktiviti Institut)
|