Pengenalan
Sistem ini ialah satu sistem lanjutan daripada perkhidmatan Pinjaman antara Perpustakaan. Melalui sistem ini, pengguna boleh meminjam dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan dari mana-mana institusi yang menyertai sistem ini untuk digunakan di perpustakaan/institusi anda. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) merupakan Pusat Penyelaras Sistem Pembekalan Penerbitan yang dilancarkan pada 2 Jun 1998.
Tempoh Pinjaman
- Tempoh pinjaman bagi sesuatu bahan ialah sebulan. Namun perpustakaan pembekal berhak mengurangkan tempoh pinjaman, sekiranya bahan tersebut diperlukan oleh pembaca lain.
- Pembaharuan pinjaman boleh dibuat bagi tempoh tidak melebihi 2 minggu jika bahan-bahan tersebut ditempah oleh pengguna/perpustakaan lain.
Keselamatan Bahan
- Mengembalikan semua bahan yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.
- Memastikan kesemua bahan yang dipinjam berada dalam keadaan baik.
- Membayar kos pembaikan atau penggantian bahan perpustakaan yang hilang/rosak. Perkhidmatan ini boleh didapati di Pusat Sumber ISM.