PELAWAAN KEMUDAHAN PENAJAAN UNTUK KAKITANGAN KPWKM DAN AGENSI DI BAWAHNYA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH KERJA SOSIAL (DPSKS) SECARA SEPENUH MASA SESI 2017/18

Program Diploma Pascasiswazah Kerja Sosial (DPSKS) bermatlamat untuk melahirkan siswazah yang menguasai ilmu kerja sosial, berfikiran kritikal dan mempunyai sikap serta kemahiran menyelidik dan berkeupayaan mengaplikasikannya dalam bidang pekerjaan.

OBJEKTIF PROGRAM

1. Meningkatkan profesionalisme dalam bidang Kerja Sosial;

2. Menambahkan pengetahuan dalam bidang Kerja Sosial serta mempunyai kemahiran dan sikap profesional yang beraspirasi kebangsaan.

3. Menajamkan kreativiti dan kompetensi peserta bagi menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar, pembuatan keputusan dan pelaksanaan pembangunan sosial negara.

4. Membudayakan daya saing dan inovatif bagi menjalankan kajian dengan menggunakan pendekatan saintifik dalam menjana ilmu dan perkongsian pengetahuan yang bersifat inter dan intradisiplin.

5. Merealisasikan hasrat kerajaan bagi menjadikan Institut Sosial Malaysia (ISM) sebagai pusat kecemerlangan [Centre Of Excellence (COE)] dalam bidang Kerja Sosial dan pembangunan sosial.

--------------------------------------------------------------

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PROGRAM INI, SILA MUAT TURUN DOKUMEN PELAWAAN MELALUI PAUTAN DIBAWAH.

GARIS PANDUAN KEMASUKAN DPSKS 2017

PELAWAAN KEMUDAHAN PENAJAAN DPSKS

KLIK DISINI UNTUK MUAT TURUN BROSUR 

KLIK DISINI UNTUK MUAT TURUN BORANG