Calendar

INSAN - 6th International Conference on Human Sustainability
Wednesday 19 August 2020
Contact 013 718 2745

Objektif:

1.      Memberi pendedahan kepada para peserta tentang isu dan cabaran yang berkaitan kelestarian insan          dalam konteks pembangunan sosial dan negara untuk dikongsi bersama.

2.      Meningkatkan budaya mencintai dan menghargai ilmu melalui perkongsian maklumat dan kepakaran          dalam bidang masing-masing di kalangan pembentang kertas kerja dan peserta-peserta.

3.      Mewujudkan jaringan kepakaran antara ahli-ahli akademik dan profesional dalam berbagai-bagai   disiplin sains sosial sama ada peringkat dalam dan luar negara.

4.      Membuka ruang kepada para peserta khususnya     daripada Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Perguruan.

5.      Malaysia termasuk guru-guru sekolah membentang hasil penyelidikan daripada berbagai-bagai dimensi baharu supaya dapat dimanfaatkan untuk kepentingan bersama.

6.      Menjalinkan hubungan kerjasama dalam bentuk penganjuran dengan lebih banyak institusi-institusi luar          yang berminat ke arah mengantarabangsakan persidangan ini  pada masa depan.

7.      Memperkenalkan ISM dan UTHM ke peringkat antarabangsa.

 

 

 

 

 

 

Kumpulan Sasar:

Pekerja sosial, pengamal sosial, ahli akademik, mahasiswa, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta penjawat awam. 

 

Bil. Peserta: 300 Peserta

Bil. Hari: 1 Hari

Yuran: Ditetapkan oleh pihak Universiti

 

Write up

 

Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan atau INSAN merupakan persidangan untuk membincangkan isu dan cabaran masa depan mengenai kelestarian insan dari sudut sains sosial dan kemanusiaan multidisiplin. Turut memeberi pendedahan kepada para peserta mengenai isu dan cabaran berkaitan kelestarian insan dalam konteks pembangunan sosial serta meningkatkan budaya mencintai dan menghargai ilmu melalui perkongsian maklumat dan kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu Persidangan ini mewujudkan jaringan kepakaran antara ahli akademik dan profesional dalam dan luar negara.