Calendar

Kursus Penyeliaan Kerja Sosial
From Monday 10 August 2020
To Thursday 13 August 2020
Contact 013 718 2745

Objektif Kursus:

1.      Meningkatkan kefahaman mengenai penyeliaan yang berstruktur dalam konteks Kerja Sosial serta kepentingan dan keperluannya dalam organisasi;

2.      Mempelajari kemahiran penyeliaan Kerja Sosial yang efektif melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran semasa kursus; dan

3.      Membuat refleksi praktis penyeliaan semasa dan merancang untuk menambahbaik kualiti penyeliaan Kerja Sosial dalam organisasi.

Kumpulan Sasar:

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dan Ketua Institusi yang bertugas di institusi kebajikan.

Bil. Peserta: 30 Peserta

Bil. Hari Kursus: 4 Hari

Yuran Kursus: Berbayar (RM30.00)

Kandungan Kursus:

·      Pengenalan Kerja Sosial

·      Pengenalan dan Fungsi Penyeliaan Kerja Sosial

·      Jenis dan Proses Penyeliaan

·      Peranan Penyeliaan dan Gaya Penyeliaan

·      Isu (Dilema/ Konflik/Cabaran/Halangan) Dalam Penyeliaan

·      Latihan Dalam Kumpulan dan Pembentangan

·      Pelaksanaan Program Penyeliaan Kerja Sosial

 

 

 

 

 

Write up

Kursus ini diadakan pada setiap tahun dan perisian kursus adalah melalui kaedah penyampaian ceramah, perbincangan dan pembentangan dalam kumpulan, latihan simulasi, refleksi dan sesi soal jawab. Antara kandungan kursus yang peserta dapat pelajari daripada kursus ini adalah asas pengenalan dan fungsi penyeliaan kerja sosial, di mana peserta akan didedahkan kepada konsep penyeliaan, coaching dan mentoring. Selain itu, melalui kursus ini, peserta dapat mengenalpasti dan mempelajari peranan serta gaya penyeliaan dalam menangani isu (dilem/konflik/cabaran/halangan) yang dihadapi dalam penyeliaan. Kursus selama 4 hari ini turut mempraktikkan latihan dan pembentangan dalam kumpulan bagi memudahkan peserta mengaplikasikan proses penyeliaan kerja sosial berpandukan Buku Panduan Penyeliaan Kerja Sosial.