Calendar

Bengkel Disability Equity Training (DET) Siri 1/2020
Thursday 06 August 2020
Contact 012 663 5606

Objektif kursus:                     Pendedahan yang komprehensif kepada peserta untuk memahami isu-isu berkaitan ketidakupayaan berasaskan pada perspektif Model Sosial  Ketidakupayaan; 

Mengubah pandangan dan persepsi masyarakat terhadap isu ketidakupayaan (disability); dan 

Mendedahkan peserta dengan kemahiran untuk mewujudkan persekitaran dan masyarakat yang bersifat inklusif.

Kumpulan Sasar:                  Kakitangan Awam,  NGO, Sukarelawan dan Individu Persendirian.

Bil. Peserta:                          30 orang

Bil. Hari Kursus:                    1 hari

Yuran kursus:                        RM 30 / Percuma (Golongan B40)

Kandungan Bengkel:             Ice Breaking

Pengenalan Kepada DET dan memahami ketidakupayaan

Tips Berinteraksi Dengan OKU & Pendedahan Cara Membantu OKU

Kluster In Charge:                 Kluster Pembangunan Rundingan Sosial

Maklumat Perhubungan:       03-7985 3371

 

 

 

Sinopsis Bengkel 

Pengisian bengkel adalah berbentuk ceramah dan aktiviti dalam kumpulan dan latihan amali. Di akhir kursus, peserta diharapkan dapat lebih berinteraksi secara lebih positif dan inklusif dengan golongan OKU selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2020.